Tue 15 Apr 2008
Adakah kita tergolong dalam golongan 3%?
Posted by orizz under Tips Motivasi
Hari ini saya ingin bercakap tentang sebuah kisah yang terjadi pada tahun 1952. Kisah golongan 3%. Rasanya ramai pernah dengar kisah ini. Kisah yang terjadi di Universiti Yale. Terdapat kajian telah dilakukan terhadap sekolompok pelajar . Pada masa tersebut, pelajar ini akan menamatkan pengajian mereka. 2 Soalan telah ditanya kepada mereka. Soalan yang ditanya ringkas sahaja, tetapi memberi makna yang besar kepada kehidupan mereka. Nak tahu soalan-soalan tu?
Soalan-soalan yang ditanya:
1. Adakah anda mempunyai matlamat?
2. Adakah anda menulis matlamat anda?
Selepas disoal selidik dengan soalan tersebut, didapati hanya 3% sahaja menjawap ‘Ya’ untuk keda-dua soalan. Yang selebihnya iaiyi 97% kumpulan tersebut pula terdiri daripada golongan yang menjawab ‘Ya’ untuk satu soalan sahaja dan ‘Tidak’ untuk kedua-dua soalan. Sedikit bukan? 3% vs 97%.
Hendak dijadikan cerita , selepas 20 tahun berlalu,pada tahun 1972 pelajar-pelajar ini dikumpulkan semula. Tahu apa terjadi? 1st mereka dilihat daripada sudut kewangan.Pendapatan mereka digabungankan. Didapati gabungan pendapatan golongan 3% lebih besar daripada pendapatan golongan 97%. Secara logiknya perkara ini adalah mustahil. Tetapi perkara ini lah yang berlaku. Selain daripada asperk kewangan, aspek lain juga dilihat. Contohnya seperti tentang kebahagian, kepuasan hidup. Didapati kehidupan golongan 3% ini lebih bahagia dan mereka puas dengan kehidupan mereka.
Adakah ini kebetulan? Tentunnya tidak. Mereka telah merancangnya. Mereka telah merancang apa yang ingin dicapai oleh mereka ketika mereka hendak menamatkan pelajaran mereka. Kemudian kemahuan mereka disalurkan pada bentuk tulisan. Tulisan itu bagaikan memberi kuasa pada mereka untuk berjaya.Menguatkan azam mereka. Kemudian ianya ditukarkan kepada bentuk tindakan.
Hanya mempunyai matlamat dan menulisnya sudah cukup membuatkan kita jauh berbeza dengan orang lain. Tidak mahukah kita berada dalam golongan tersebut? Kalau mahu, ayuh kita mulakan.Fikirkan matlamat kita kemudian menulis. …Selamat menulis ![]()
















April 16th, 2008 at 8:25 pm
setiap kali bercakap tentang matlamat, saya akan suruh sahabat saya tulis apa matlamat dan rancangan mereka. namun, apa jawab mereka? “Itu tak penting!” Maka matlamat mereka hanyut entah kemana…
April 16th, 2008 at 11:58 pm
Betuk kata Wanwma tu, saya cukup setuju! Siapa la kita tanpa matlamat…apalah yg dinamakan matlamat jika tidak menulisnya…
Kdg2 org tak perasan aura matlamat yg ditulis saban hari. Jika diteliti n difahami, kita akan tenggelam dlm feel memburu kejayaan…!!
Sepuluh tahun nanti pasti org akan perasan ada apa pada matlamat kita. Jika mereka memperlekehkan matlamat anda sekarang ini, pedulikanlah mereka..!
Apa kaitan mereka untuk menentukan matlamat kita? Yang penting, kita adalah diri kita. Ada visi n misi tersendiri utk mengejar impian!
Betul kan Dr Inspirasi?
April 18th, 2008 at 7:37 pm
Betul tu kakeru…Hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita inginkan