Semalam akhirnya saya selesai menghadiri seminar RBDDI yang dikelolakan oleh Team SaifulSham. Fuh lega rasanya. Kini saya makin bersemangat nak membuat duit di internet.. :-) Tetapi bukan sebab itu saya menulis post untuk hari ini. Isi pentingnya adalah ketika saya dalam perjalanan pulang.

Ketika dalam LRT, telatah kanak-kanak ini mencuri perhatian saya. Rasanya dalam 4 tahun. Kanak-kanak itu sedang duduk bersebelahan dengan ibunya. Terpancar riak keletihan daripada muka budak tersebut .Kemudian saya terdengar ibu budak tu bercakap kepada anaknya,” nanti balik mandi dan tidur k”.

Waa…Perkataan tu buat saya terfikir. Betapa sayangnya ibu tersebut pada anaknya. Tetapi saya yakin anaknya tidak akan ingat pun apa yang berlaku hari tersebut .

Saya yakin mungkin perkara tersebut pernah terjadi pada kita. Cuma kita lupa kerana kita masih lagi kecil. Banyak yang dilakukan ibu kita pada kita. Tetapi kita tidak teringat sangat kerana kita masih kecil. Kesimpulan yang saya dapat dari event ringkas tersebut, kasih sayang yang diberi sebenarnya terlalu banyak cuma kita tidak teringat. Jika kita tahu secara jelas mungkin tidak termampu untuk kita membalasnya.

Tetiba saya teringat ibu saya…hmmm. Jom telefon :-)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb