Kejayaan Insan Biasa
June 30, 2008 4:04 am Tips Motivasi, Winner“Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.”
Saya sukakan quote motivasi ini. Ini adalah antara quote dan yang terawal saya dengar. Biasalah masa tu kecil lagi. Biasa dengar quote best-best bila pergi ke kem motivasi. Inilah quote yang saya ingat sampai sekarang dan menjadi salah satu motivasi diri saya.
Memang betul. Tiada manusia yang perfect. Setiap orang ada kelemahan diri masing-masing. Ada yang buta, ada yang cacat, ada yang kurang mendengar dan ada yang mengambil masa untuk memahami sesuatu ilmu. Semua mempunyai masalah masing-masing.
Tetapi membeza seseorang yang berjaya adalah usaha mereka. Insan biasa yang hidup biasa berusaha secara biasa. Tetapi insan yang berjaya mencipta kejayaan hasil usaha yang luar biasa. Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara berusaha. Ini yang memberikan kejayaan, iaitu melakukan sesuatu yan luar biasa.
Einstein bukanlah seorang yang pandai semasa kecil. Malah gurunya pernah bekata beliau tidak mempunyai harapan. Tetapi dia tidak mengambil kisah semua itu. Beliau berusaha dengan lebih kuat lagi dalam bidang matematik dan fizik. Hasilnya beliau menemui rumus tenaga dan pelbagai kejayaan sains yang mengamgumkan.
Begitu juga dengan Thomas Edison. Beliau telah mengalami banyak kegagalan. Namun begitu, adakah beliau berputus asa? Tidak! Setiap kegagalan membuat dia terus bekerja dengan lebih kuat. Beliau merupakan contoh terbaik quote ini…
Bagaimana dengan anda? Adakah anda telah berusaha secara luarbiasa? Saya? Sudah tentu tidak..baru hendak tukar ke gear yang lebih tinggi. Jadi mari kita berusaha secara luar biasa…salam motivasi ![]()
















