Kitaran emosi 2 daa….

9:00 pm Blog Review, Tips Motivasi, Umum

Happy face

Assalamalaikum dan salam sejahtera. Ahad minggu ini berlalu dengan baik bagi saya.Bagaimana dengan anda? Adakah senja Ahad hari ini menarik? Jika tidak warnakanya dengan aktiviti yang menarik esok dengan bekerja dengan bersungguh-sungguh.. Cewah..hehe :-P

Pembaca sekali, sebelum saya menyambung post sebelum ini iaitu mengenai ‘kitaran emosi’, saya ingin meminta sedikit bantuan daripada  anda. Saya ingin bertukar link dengan anda. Jika anda ada blog, ayuh mari kita bertukar link (exchange link). Blog ini kini mempunyai misi baru. Meningkatkan lebih banyak trafik ke blog ini. Saya harap blog inspirasi ini dapat pergi lebih jauh. Link anda akan saya letak disini. Klik Sini…. Jadi marilah kita sama membantu antara satu sama lain. Tetapi ada syarat, blog anda mestilah tidak mempunyai isu-isu negatif. Contohnya seperti berbau lucah, tidak melanggar batas-batas agama dan lain-lain. Jika ada, saya berhak menolak atau membuangnya. Mudah sahaja. Ayuh mari kita tingkatkan trafik bersama.

Tanpa membuang masa, kita sambung artikel post lepas. Ingin ditegaskan setiap orang tidak sama kitaran emosinya. Jadi mengapa tidak cuba memantau kitaran emosi anda? Apa yang diperlukan, setiap minggu catitkan emosi harian anda. Buat graf, dimana titik paling atas adalah emosi anda yang paling gembira dan emosi tertekan terletak di bawah sekali. Catatkan dan tanda titik emosi anda dan perhatikannya. Dengan memerhati kitaran emosi ini, anda dapat mengetahui tempoh kitaran emosi anda.

Saya percaya dengan beberapa kali pengambilan, anda akan mendapat data yang hampir tepat mengenai kitaran emosi anda. Anda dapat tahu bilakah emosi anda berada di paras ‘tinggi’. Anda tahu bila emosi anda akan berada di paras ‘rendah’. Dengan maklumat ini, anda dapat bersedia dengan keadaan emosi anda. Anda tahu apa yang sepatutnya dibuat semasa anda berada di puncak. Anda juga dapat tahu aktiviti yang perlu dibuat ketika anda tertekan. Apabila anda berada di bawah, ini akan memberi keyakinan kepada anda bahawa masalah ini akan berakhir tidak lama lagi. Manakala jika anda berada di puncak dimana anda terlalu berkeyakinan, petanda ini dapat memberitahu anda supaya tidak terlalu mejanjikan sesuatu yang berlebihan.

Menarik bukan? Sekarang kita tahu bahawa kita mempunyai kitaran emosi. Jadi adakah kita akan membiarkannya sahaja? Adakah kita akan membiarkan mood dan emosi tertekan bergelora dalam diri kita apabila tiba tikanya?

Jika ada penyelesaiannya, bagaimanakah pula caranya?

Hoho..to be continue.. nantikan post seterusnya untuk mengetahui tips mengawal emosi anda. :-)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb
3 Responses
  1. saye :

    Date: May 31, 2009 @ 11:40 pm

    adakah kitaran emosi ini tidak bersangkut paut dengan sesuatu peristiwa? pada pandangan saya, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok dan seterusnya. emosi kita tentu bergantung pada apa yang berlaku pada kita. dan sesuatu kejadian tidak akan berlaku dalam keadaan yang tetap sahaja setiap bulan. oleh itu, adakah kitaran emosi ini diukur apabila hari kita tersebut adalah plain atau diukur tidak kira berlaku sesuatu atau pun tidak? kerana menurut pengalaman saya, emosi saya tidak tetap dan berubah-ubah setiap waktu, hari, malah setiap bulan. bagaimanakah pemantauan kitaran emosi tersebut dapat dilakukan sekiranya emosi sering berada dalam kondisi yang tidak tetap?

    *apsal rase cam soalan ni berbelit2 je. sesungguhnya, diriku memang tidak pandai bertanya. huhuhhu*

  2. Fathuri :

    Date: June 1, 2009 @ 10:14 pm

    Setuju!..dalam Islam pun memang dah disebut kena ambil peluang 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara
    1)Masa Lapang sebelum sibuk
    2)Masa Sihat sebelum sakit
    3)Masa Muda sebelum tua
    4)Masa Berharta sebelum papa
    5)Masa hidup sebelum mati

    Sebagaimana dimaklumi, setiap perubahan perkara di atas akan mengubah juga emosi kita.

    Maka, merekod setiap peristiwa dan kesannya pada emosi kita adalah satu strategi yang bijak sebagai langkah berjaga2/proaktif pada kejadian/peristiwa seterusnya.

  3. admin :

    Date: June 4, 2009 @ 6:59 pm

    ~saye
    tidak dinafikan sesuatu peristiwa dapat memberi impak kepada seseorang.Tetapi saya percaya pada sesuatu keadaan, cara kita menempuhinya berbeza. Pernah tak pada suatu hari kita sedar bahawa sebenarnya masalah yang dihadapi biasa sahaja, tetapi padahal sebelum itu, kita berasa sedih sangat. :-)
    kemungkinan pada waktu emosi kita berada di bawah, dan keesokannya ia mula naik

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.