Matlamat Dan Azam

7:41 am LOA, Tips Motivasi

Salam motivasi.

Nampaknya beberapa hari lagi tahun 2008 akan meninggalkan kita. Terasa cepatnya masa berlalu. Bagaimanakah dengan matlamat anda tahun 2008? Adakah ianya berjaya direalisasikan? Adakah ianya separuh direalisasikan? Adakah ianya langsung tidak direalisasikan dan  sekadar dibiarkan begitu sahaja.

Matlamat berbeza dengan azam. Azam ianya sama seperti harapan. Mengharapkan sesuatu terjadi tanpa tindakan yang konkrit. Ianya tiada proses yang jelas untuk mendapatkannya. Ianya tiada kemahuan yang kuat untuk mengcapainya.

“Aku harap tahun ini aku  hendak….”

Penggunaan perkataan ‘hendak’ jelas menunjukkan kita tiada insentif untuk berusaha bersungguh-sungguh. Kita tidak beberapa pasti dengan matlamat kita. Sebab itulah kebanyakkan azam yang ingin dilakukan tidak berjaya direalisasikan.

Berbeza dengan matlamat. Ianya mempunyai proses. Dari proses sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya. Itulah matlamat. Ianya jelas dan diikuti dengan semangat ingin betul-betul menjadikannya kenyataan. Ianya melibatkan tempoh masa.

Jadi apakah matlamat anda untuk tahun ini? Petua Jack Canfield, penulis siri Chicken Soup. Senaraikan 3-4 matlamat utama yang anda ingin capai untuk tahun tersebut. Kemudiannya bawanya kemana sahaja anda pergi dan selalu membacanya. Cara yang efektif adalah dengan meletakkannya dalam beg duit anda dimana anda akan dapat melihat matlamat anda setiap kali anda membuka dompet untuk membayar sesuatu.

Selamat mencuba. :-)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb
3 Responses
  1. nurila :

    Date: December 23, 2008 @ 5:39 pm

    Askm,
    yup, nak merealisasikan matlamat perlu ambil masa yg pjg.Lpas krismas ni kena posting d kawasan uluuuu kedah.Dengar2 kawasan kg tu tak dak api ayak lagi.Depa dok guna perigi n pelita..Hoi,jenuh nampak gaya ni.Mungkin utk 4 ke 6 bulan.Sesi utk training hidup susah, kata kaunselor kami.Kena rasa dulu peritnya hidup sebelum tarbiah @kaunselling org.Kwn2 bilang klu x larat kami lari…hihihi…ok.salam perjuangan n motivasi.Semuga jumpa lg klu d pjgkan umur…

  2. Triple A :

    Date: December 23, 2008 @ 8:03 pm

    Salam,

    Memang saya setuju, perkataan seperti “hendak” / “saya cuba” lebih mempengaruhi pengucap agar berusaha hanya ala kadar. Tiada desakan jika sesuatu itu gagal dan dia tidak akan menyesal jika matlamat itu tidak tercapai.

    Triple A
    http://www.binausahawan.com

  3. najib :

    Date: December 24, 2008 @ 10:13 pm

    nurila
    -selamat berposting di utara. Saya doakan kejayaan anda.

    Triple A.
    -satu blog yang menarik.

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.