Neuron
October 3, 2008 11:21 am Bakat, Falsafah Kejayaan, Tips MotivasiRamai di antara kita selalu merendahkan keupayaan mereka. Mereka mengatakan mereka tidak berbakat dan tidak mempunyai kemahiran. Kepercayaan ini hanya akan membawa kepada pembantutan perkembangan kita sahaja. Kita tidak akan mampu berjaya dengan kepercayaan begini. Kita sebenarnya hebat. Allah SWT telah melebihkan kita berbanding makhlukNya yang lain. Usaha dan istiqamah dengan apa yang dilakukan akan membolehkan kita mengilap potensi yang ada.
“Kita sebenarnya lebih hebat daripada apa yang kita fikirkan.”
Manusia mempunyai otak. Otak tersebut mempunyai sel yang bernama neuron. Semakin banyak neuron yang berhubung, maka semakin banyak kebolehan dan kemahiran kita. Otak manusia mempunyai lebih daripada 10 billion neuron.
Saintis menganggarkan kita menyimpan 125.5 trilion ingatan. Jumlah ini adalah 10000 kali ganda maklumat Encylopedia Britanica. Ada saintis berpendapat kita mampu mengingati semua maklumat yang ada dalam semua perpustakaan dalam dunia. Semua.
Jadi mengapa kita perlu merendahkan keupayaan kita? Kita adalah Hebat. Gilap kehebatan itu.

















zool :
Date: October 3, 2008 @ 11:46 pm
Kelemahan saya dalam komunikasi…
Dan kelemahan itu menyebabkan saya masih solo..
Camne nak perbaiki tu ye dr??
admin :
Date: October 5, 2008 @ 12:02 am
owh yeke? Saya pun masih solo.hehe
Bagi pendapat saya, mulakan berkomunikasi. Cuba berani berkomunikasi secara berperingkat. Lama-kelamaan anda akan mahir berkomunikasi.