Pemadam api Vs Pemarak api
September 4, 2008 7:57 am Falsafah Kejayaan, Tips MotivasiImpian adalah umpama api. Sebagaimana sifat semulajadi api yang yang ingin keluar dan marak, begitulah dengan impian. Ia ingin keluar supaya direalisasikan.Ia ingin keluar direalitikan.
Namun begitu, orang yang melihat api itu ada 2 sifat. Sebagai pemarak lagi api tersebut atau bertindak sebagai pemadam api.
Jika anda berjumpa dengan orang yang memarakkan api itu, anda bernasib baik.Ini kerana mereka akan memarakkan lagi impian anda. Mereka sentiasa menyokong usaha anda. Mereka memberi inspirasi kepada anda untuk melakukan impian anda.
Mereka ini biasanya orang yang mengenali dan sangat rapat dengan anda. Mungkin keluarga atau kawan rapat anda.
Namun begitu, agak sedikit malang jika anda berjumpa dengan orang yang bersifat sebagai pemadam api. Ia akan bertindak memusnahkan impian anda. Mereka umpama bomba yang memadamkan api kemahuan anda. Bomba inilah anda perlu jauhi. Mereka biasanya dapat dilihat pada cara percakapan mereka terhadap impian anda.Mereka sentiasa memberi tanggapan negatif kepada matlamat anda.
Contohnya seperti:
“Bolehkah ia dicapai?”
“Macam mustahil je.”
” Engkau ini biar betul.”
” Aku rasa tidak munkin. Lebih baik engkau give up sahaja.”
Inilah contoh-contoh pemadam api yang berbahaya. Pastikan anda berada jauh dengan anda. Kelililng diri anda dengan orang yang memarakkan api kehidupan anda. Ingat, ada satu perpatah mengatakan bahawa kita adalah purata 5 orang yang berdekatan kita. Jika anda dikeliling dengan orang negatif, sudah tentu anda akhirnya akan menjadi seperti mereka. Oleh itu, mengapa perlu dekat dengan mereka? ![]()
















