Risk…Risiko….
April 19, 2009 8:43 am Quote Motivasi, Tips MotivasiSelamat pagi dan salam sejahtera. Hari ini saya inginkan kongsi sebuah kata-kata yang telah diterima oleh Robert Kiyosaki ketika dia masih muda. Sekadar maklumat, Robert Kiyosaki merupakan salah seorang jutawan yang bergiat cergas dalam bidang hartanah dan saham ketika zaman mudanya. Beliau sudah pun mencapai peringakat bebas kewangan. Peringkat ini merupakan peringkat di mana beliau tidak perlu bekerja, tetapi wang tetap masuk ke poketnya.
Seterusnya beliau mencipta permainan yang diberi nama Cashflow untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kewanagan. Beliau juga telah banyak menulis buku tentang kewangan yang telah mencapai tahap bestseller. Salah satu buku tersebut adalah ‘Rich Dad,Poor Dad’.
Mari kita lihat kata-kata yang dinasihati oleh mentor beliau,
“Jika kamu jenis orang yang tidak berani, kamu akan menyerah kalah setiap kali kehidupan menolak kamu. Jika kamu jenis yang sebegitu, kamu akan sentiasa memilih jalan yang selamat, melakukan perkara yang betul, menyelamatkan diri daripada kejadian yang tidak pernah berlaku.
Akhirnya kamu hidup dalam kebosanan sehingga kamu mati. Kamu mempunyai ramai kawan yang menyukai kamu kerana kamu seorang yang bekerja kuat. Hakikatnya, kamu membiarkan kehidupan menolak kamu sehingga kamu tewas. Jauh di lubuk hati kamu, kamu sangat takut untuk mengambil risiko.
Kamu ingin menang, tetapi ketakutan terhadap kekalahan telah mengatasi keseronokkan terhadap kemenangan. Dalam hati kamu, hanya kamu yang tahu bahawa kamu tidak berani melakukannya. Kamu memilih jalan selamat.”
Pesan Rich Dad kepada Robert Kiyosaki ketika dia masih muda.
Dalamnya maksud tu. Masa untuk merenung.

















fuad :
Date: April 21, 2009 @ 3:06 pm
slm..ada jugak mcm nie noh…hu3
joyah :
Date: May 13, 2009 @ 1:20 pm
aku macam ni…
aku takut kene marah…
so aku lebeh suke try sampai dapat jawapan sendri….
kalo betol2 tak dapat giler usaha luar bisa pon tak dapat…
baru aku tnya…
pdahl kalo aku tnya awal….
keje aku mnjadi lebeh snang dan cepat dibereskan ya buk….
tu la psal..
kene berani sebenarnya…
jn takut kna marah….
perasaan takut tu cume imaginasi je….
takkan kena marah pon kalo kite bertanya….
sbb mereka dulu pon penah jadi seperti kite..hehe