Sarapan adalah untuk Sang Juara
June 29, 2008 1:16 am Tips Motivasi, WinnerSelamat pagi..Ya…hari ini kita bercakap tentang tips pemakanan.Bukan tips sangat cuma nak berkongsi…hehe
Adakah anda mengambil sarapan setiap hari? Sarapan merupakan perkara yang selalu diabaikan penduduk US. Bagaimana pula dengan Malaysia? Kalau ditanya 10 orang, rasa-rasanyanya mungkin 7 orang akan mengatakan mereka tidak bersarapan.Adakah anda salah satu daripadanya?
Mengambil sarapan adalah perkara yang amat penting sekali. Ianya membekalkan tenaga untuk sepanjang hari anda.Tetapi ramai mengabaikannya disebabkan:
-malas nak mengemas.
-takut tak sempat ke pejabat.
-jimat duit.
-tunggu makan tengah hari nanti nanti supaya boleh makan kenyang-kenyang.
Tetapi jika anda kata anda tidak cukup masa, apa kata cuba tips mudah ini. Masuk tidur 15 minit lebih awal daripada biasa. Supaya keesokkan harinaya anda mempunyai masa untuk bersarapan. Sarapan anda tidak perlulah terlalu berat.Cukuplah sekeping roti jika anda rasa tidak mempunyai masa yang banyak untuk makan.Yang penting anda bersarapan.
Tahukah anda sarapan merupakan salah satu aktiviti Sang Juara.Mengapa?
Secara logiknya mengambil sarapan menunjukkan anda berkeupayaan mengurus masa.Kalau tidak sudah tentu anda tidak berkesempatan mengambilnya, Walaupun sekadar sekeping roti. Bukankah salah satu ciri-ciri juara ialah mengawal dan mengurus masa mereka? ![]()
Jadi apa yang saya harap disini anda mempunyai masa untuk bersarapan setiap hari.Banyak manfaatnya. Anda boleh mencari info tentang kebaikkan bersarapan di pelbagai laman web. Jadi semoga bangun untuk bersarapan esok hari ya. Jadikan sarapan makanan Juara anda sebelum anda melakukan aktivit yang lain ![]()
















