Thu 24 Apr 2008
Sibuk?
Posted by orizz under Quote Motivasi, Tips Motivasi
Setiap orang mempunyai masa 24 jam sehari dalam hidup mereka. Tiada yang lebih tiada kurang. Masing-masing sibuk dengan kerja yang perlu diuruskan.Bekerja, bermain, dan ………..
” Ramai yang bercakap aku busy lah sekarang ni“..”Aku tiada masa“…Ya memang betul. Semua manusia sibuk tetapi menjadi persoalannya jenis kesibukkan kita….Saya nak berkongsi satu quote dengan anda hari ini yang berkaiatan dengan sibuk…
” Ianya bukanlah bergantung berapa banyak kita sibuk, tetapi ianya adalah tentang mengapa kita sibuk.
Lebah dipuji kerana kesibukannya, tetapi nyamuk ditampar kerana kesibukannya.”
Sesuatu quote yang baik untuk direnungi.Ia membawa maksud kita mestilah menggunakan masa kita melakukan perkara yang dapat membawa manfaat kepada kita. Contohnya bagi seorang pelajar. Perkara yang bermanfaat baginya adalah belajar. Dan bukannya membuang masa melepak dengan rakan-rakan setiap hari. Memang melepak itu akan menyibukkannya tetapi apa nilainya?Adakah manfaat disebalik kesibukkannya itu?
PS: Sekadar untuk difikirkan…Adakah kesibukan kita jenis lebah atau nyamuk…? ![]()















