Tips Menjadi Individu Menarik
August 21, 2008 10:16 am Keyakinan diri, Tips MotivasiHari ini saya ingin kongsikan 5 tips bagaimana menjadi individu menarik. Ianya mudah sahaja untuk dilakukan. Percaya atau tidak ia akan meningkatkan tahap ‘menarik’ diri anda.
1. Sentiasa senyum
Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak masakan seseorang boleh jatuh cinta, memberi rumah, disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang senyum itu sedekah. Senyuman mebawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain. Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman anda kepada mereka. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.
2. Banyak memberi
Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri .Oleh itu, belajarlah untuk memberi.
3. Berikan pujian
Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasakan bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia.
4. Mempunyai prinsip.
Seseorang yang berprinsip merupakan ciri penting dalam menjadi individu menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada penjajahan.
5. Mempunyai keyakinan diri
Tips ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, manakah mungkin orang lain juga akan percaya pada anda .
Itu ia 5 tips yang dikongsi pada hari ini. Saya harap tips menjadi individu menarik di atas banyak membantu anda. Salam motivasi dan selamat menjadi individu yang menarik.
P/s: Salah seorang blogger motivasi yang menarik adalah Shueqry. Rasa-rasanya mengapa eh?

















:) :
Date: August 21, 2008 @ 11:02 am
tapi… macamane caranya nak yakin pada diri sendiri…
saya sangat lemah bab bab yakin diri ni…
contoh nyer, bile bercakap…. saye selalu dim diri, takut ape yang saye cakap(idea) tu tak kene/ tak up to date/ x releven…
orizz :
Date: August 23, 2008 @ 7:39 am
salam
.. Terima kasih dengan soalan anda..Untuk mengatasi malu daripada segi itu, anda boleh rujuk post ini http://drinspirasi.com/blog/index.php/category/keyakinan-diri/
Selamat membaca
Shueqry :
Date: August 30, 2008 @ 3:09 am
Salam Orizz,
owh, terkejut saya ada incoming links dari blog Dr Inspirasi, rupanya dari post ini..
Thank you.
zunizam adib :
Date: September 4, 2008 @ 3:25 pm
Dulu saya pun problem jugak nak buat perubahan minda. Semuanya takut nak di cuba. Tapi sekarang dah okey selepas banyak membaca artikel motivasi dan cuba di pratikkan.Kali pertama rasa seronok sangat sebab dah berjaya mencapai tahap yg boleh dikatakan berjaya lah jugak. Rasa penat lelah terbayar. Nak kongsi dengan semua orang. Layari lah blog saya kalau nak tahu….
tq
mamat :
Date: September 6, 2008 @ 12:53 am
mbr aku hensem…
zool :
Date: September 7, 2008 @ 10:15 pm
Saya memang mengalami masalah dari segi keyakinan diri terutama dalam estem diri..
Memang kadangkala sukar untuk bergaul dalam kelompok orang berbanding dua orang..