Ikutilah impin anda “ Follow your Dreams”

11:11 am Uncategorized

Ikutilah impian anda merupakan tajuk motivasi hari ini. Persoalannya adakah ramai orang mengikut impian mereka? Adakah mereka sekadar berangan dan tidak mempunyai keyakinan bahawa impian mereka dapat direalisasikan? Adakah anda takut mengambil risiko kerana impian anda terlalu besar? Sedikit nasihat dan kata Tony Fernandes membuat saya terfikir… Untuk berjaya kita perlu mengambil risiko. Yang penting follow dreams kita. :-)

Nasihat Tony Fernandes,

Apabila saya katakan saya ingin memulakan perniagaan dalam penerbangan. Isteri saya gelakkan sahaja dan berkata “ Mengapa tidak memikirkan sesuatu yang mudah sahaja?”

Saya katakan saya yakin dengan perniagaan ini. Saya rasa industri ini mempunyai potensi yang besar kerana berjuta orang  tidak mempunyai wang untuk terbang.

Ramai mempersoalkan saya adakah saya tahu apa yang sedang lakukan ini. Ramai mengatakan saya akan gagal. Tetapi jawapan saya pada mereka adalah,

“Kehidupan ini terlalu pendek. Jika saya gagal, maka gagallah. Tetapi saya tidak mahu nanti apabila saya berumur 60 tahun dan berkata ”saya patut mencubanya dahulu

Sesuatu yang menarik daripada Tony, salah seorang jutawan di Malaysia. Jadi, beranikanlah diri anda untuk melakukan apa yang diimpikan. Jangan takut dengan kegagalan. Jika anda selalu memikirkan tentang kegagalan, maka perkara tersebut hanya akan menyebabkan anda takut untuk mencuba. Tiada yang special pada Tony Fernandes. Yang membezakan beliau dengan kita adalah beliau mempercayai  impiannya. Beliau merealisasikan impiannya. :-)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb
Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.