Ambillah Risiko
November 1, 2008 1:33 pm Ebook, Falsafah Kejayaan, WinnerAssalamualaikum dan salam motivasi,
Nampaknya kerja saya memang sibuk. Ebook dah siap. Cuma terdapat beberapa masalah teknikal yang perlu dihadapi. Saya sekarang dalam proses membuat laman web untuk menjual laporan ini. Ambil masa juga. Terlebih dahulu, terima kasih terhadap pandangan dan komen yang diterima sama ada di ruang komen atau di email tentang laporan ini. Saya betul-betul menghargai sokongan anda. Setakat ini nampak sedikit harapan terjual. Hehe… InsyaAllah.
Tentang laporan itu. Saya rasa laporan tersebut tidak dapat dilancarkan pada 5/10/08 ini. InsyaAllah saya rasa ianya boleh didapatkan pada 10/11/08.
Hari ini saya ingin bercakap tentang risiko. Pembaca sekalian, hidup ini penuh dengan risiko. Setiap perkara yang diambil semuanya melibatkan risiko. Jadi apa yang membezakan seseorang yang biasa dan yang luar biasa? Sebabnya mereka mengambil risiko yang lebih besar. Mereka mengambil tanggungjawab yang lebih besar. Sebab itulah rewardnya lebih besar. Sudah tentu ganjarannya lebih besar.
Anda mungkin akan jatuh dengan kedalaman yang lebih dalam jika mengambil risiko yang besar, tetapi ingatlah ganjaran besar juga menanti anda.
” Juara memikirkan habuan. Pengalah memikirkan denda.”
Mana satu anda? Rasa-rasanya, di mana mentaliti anda? Penyataan ini selalu bermain dalam minda saya. Oleh sebab itulah saya kini ingin mengambil risiko . Keluar daripada ‘comfort zone’ saya. Menerbit e-laporan sendiri. Saya tahu laporan ini mungkin berjaya ataupun sekadar menjadi laporan biasa. Tetapi saya ingin mencuba. Saya ingin mengambil risiko untuk melihat kejayaan perniagaan ini. Kejatuhan yang berlaku mungkin lebih dalam sedikit, tetapi apa salahnyakan?
Sekurang-kurangnya jika saya gagal, baru saya tahu ianya tidak boleh berjaya dengan cara ini. Saya tidak mahu suatu hari nanti saya merenung kembali dan berkata,” Owh, mengapa aku tidak mencubanya?”
“Lebih baik jatuh dan mengetahui ianya tidak boleh dilakukan,
berbanding melihat pada hari tua dengan penuh kekesalan.”
Anda bagaimana? Apa yang anda risaukan?

















Miepekan :
Date: November 1, 2008 @ 11:09 pm
Ya, saya setuju, kita perlu berani untuk menghadapi risiko..Yang penting kita perlu belajar dari kesilapan dan bukan berputus asa.