Anda

9:55 am Falsafah Kejayaan, Winner

Salam kejayaan. Selamat pagi dan selamat membaca. Pembaca sekalian, mari berfikir sebentar. Kita hari ini adalah hasil tindakan kita semalam. Eh macam mana tu? :-)

Maksudnya, kita pada hari ini adalah hasil apa yang kita buat sebelum ini.
Jika pada hari ini anda sihat, maksudnya ini adalah disebabkan tindakan anda semalam. Anda menjaga menjaga kesihatan anda. Anda tidak mengambil makanan berlemak. Anda mengamalkan diet yang seimbang. Anda melakukan senaman dan pelbagai lagi. Kesannya, pada hari ini anda sihat disebabkan hasil anda semalam. :-)

Jika anda sakit,maksudnya anda sendiri yang menyebabkan anda sakit. Anda tidak mahu berjumpa dengan doktor pada peringkat awal. Terus makan makanan ringan. Minum air bergas tanpa kawalan ( hehe kes saya lah ni :-)  ). Hanya sekadar  melepak di hadapan televisyen atau internet. Hasilnya, pada hari ini anda tidak sihat.

Persoalannya di sini. Adakah anda suka dengan anda hari ini? Jika anda suka, maka teruskan. Jika tidak, masa untuk berubah. Ingat , kita adalah hasil tindakan kita semalam.

“Jika kita asyik melakukan perkara yang sama,

janganlah mengharapkan keputusan yang berbeza.”

Masa untuk menilai diri anda. :-)

PS: Saya baru sahaja menerima review daripada saudara Shueqry imotivasi.com mengenai laporan yang akan diterbitkan. Klik sini kalau hendak lihat. Terima kasih Shueqry kerana pendapat ikhlas daripada anda. Panjang sungguh review anda. :-)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb
2 Responses
  1. nurliyana :

    Date: November 10, 2008 @ 7:20 pm

    hai dr inspirasi. bagus la post2 kat cni. memang memberi inspirasi la. hihi. meningkatkan motivasi diri dgn penulisan yang simple tp padat. kagum2.

    ganbatte ex-skulmate. =D

  2. Shueqry :

    Date: November 11, 2008 @ 11:41 pm

    Actually tak sedar panjang sangat, cuma nak siapkan cepat, pastu hantar.

    Bila baca balik, Ya Allah, panjangnya!

    Dek kesibukan di rumah, idea mencurah-curah, excited pun ada! hehe..Thanks pada dr inspirasi sebab memberikan eBook 97 tips untuk di review. Ia berguna buat saya, dah print untuk dirujuk berkali-kali.

    Shueqry,
    semporna, sabah.

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.