Permudahkan
July 17, 2009 9:53 am Keyakinan diri, WinnerAssalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya bercuti hari ini dan sedang berehat di kampung halaman yang tercinta. Saya telah mengambil cuti yang agak panjang daripada hari Jumaat sehinggalah hari Isnin. Sebenarnya tidaklah panjang sangat, tetapi bagi orang yang bekerja, mengambil cuti sedemikian sudah tentu dianggap lama, lebih-lebih lagi tiada apa-apa peristiwa besar ataupun kejadian.
Bukan apa, kepingin durian selain melawat emak di kampung. Saya belum menyentuh durian lagi sejak musimnya tiba. Hanya melihat dari jauh ianya dijual di Kuala Lumpur.
Apa saya buat di rumah? Salah satunya adalah membaca buku ‘The Charisma Effect’ tulisan Andrew Leigh. Salah satu tips yang dikongsi dalam meningkatkan karisma diri adalah:
“Permudahkan sesuatu yang sukar”
Karisma boleh dibina.Ianya perlu dibangunkan. Salah satunya adalah permudahkan sesuatu yang sukar. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mempermudahkan sesuatu. Tidak kira kira apa pun yang anda lakukan, permudahkan sesuatu yang sukar.Ia membuatkan semua orang faham maksud anda.
Memang mudah untuk menyukarkan sesuatu. Hampir semua orang mampu melakukannya. Hatta cara henda membuat teh yang baik pun memakan sebanyak 6 mukasurat dalam panduan etika UK. Padahal, ianya merupakan sesuatu yang mudah. Masak air panas, letak uncang, tambah gula dan siap. 9 perkataan sahajakan.
Jadi tips hari ini, ‘permudahlan sesuatu yang sukar’. Elakkan menggunakan perkataan yang tidak difahami.
Salam inspirasi.

















