Tuah ayam nampak di kaki…
August 12, 2009 6:38 pm Falsafah Kejayaan, WinnerAssalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar saudara dan saudari sekalian.Saya harap anda sihat disamping keluarga. Tajuk sebenar post hari ini adalah :
RE:Bagaimana seorang yang dikatakan bertuah menghadapi peluang?
Richard Wiseman telah menjalankan ujian mudah bagaimana seorang yang dikatakan bertuah dan malang menghadapi sesuatu keadaan yang dinamakan ‘peluang’. Beliau telah mengadakan ujian ringkas untuk membezakan kemampuan seseorang dalam menghadapi peluang. Mereka telah diberi sebuah suratkhabar dan diminta mengenalpasti bilangan gambar yang terdapat di dalamnya. Hasilnya seperti dapat dijangkakan. Secara puratanya, seorang yang ‘malang’ mengambil maa selama 2 minit untuk mengira kesemua gambar yang ada. Berbanding seorang yang bertuah, mereka hanya mengambil masa beberapa saat sahaja. Ajaibkan? Kenapa begitu singkat masanya?
Sebabnya, pada muka surat kedua dalam surat khabar tersebut, beliau telah menulis sebuah mesej yang bertajuk “ Berhenti mengira-terdapat 4 gambar dalam surat khabar ini.” Mesej ini sangat besar dan dapat dilihat. Tetapi malangnya seseorang yang dikatakan ‘malang’ cenderung untuk mengabaikannya. Berbeza dengan seorang yang bertuah, mereka mudah untuk menemuinya.
Beliau juga telah menambah sesuatu dalam surat khabar tersebut untuk menambah lagi keseronokkan kajian. Beliau telah meletakkan sebuah mesej yang agak besar yang berbunyi “Berhenti mengira, beritahu si penguji anda telah melihat ini dan telah memenangi $250. ” Tetapi malangnya, sekali lagi mereka gagal melihat peluang yang ada.
Apa pendapat anda? Anda rasa anda bertuah?
PS: Kepada saudari Nadiah, tahniah di atas perkahwinan abang anda. Anda bila lagi?


















fathuri :
Date: August 13, 2009 @ 10:04 am
Assalamualaikum Dr. Setiap kali saya singgah di blog ini, pasti tercetus idea baru..
Bilamana Dr ada kelapangan mohon singgah di blog saya ya, dan sudikanlah tinggalkan komen berkenaan “kuasa berkerjasama”
Malah lebih dialukan lagi jika Dr. boleh polish idea tersebut.
Selamat menyambut Ramadhan..9 hari lagi.
Admin :
Date: August 13, 2009 @ 2:47 pm
Fathuri,
saya selalu melawat blog anda.satu diari blog yang menarik. Teruskan menulis. =)
Mantra :
Date: August 14, 2009 @ 3:17 pm
Oh yang ini saya pun pernah diuji. Tak silap saya masa seminar. Seperti biasalah, saya berada di bahagian orang yang malang.
Nice info. dan salam kenal kepada tuan blog